Monday 7 November 2011

BROWNIES Full of Choc

kali nie aku nk kongsi resepi brownies coklat..kali kedua aku buat dan alhamdulillah menjadi..1st time buat dl ms raya puasa hri tue..hehe..mmg hancus skit coz over cook msk..x tau nk bajet timer ms tue..percubaan kali kedua mlm raya aji..hehe..bersemangat aku coz nk bwk tuk kongsi ngan kwn2 kat tmpat keje..nsb la bdn x dpt lek kg sambut raya..resepi nie aku google kt my resepi.com..

BROWNIES CHOCOLATE

bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 250g (sebuku) butter
  • 400g coklat masakan
  • 6 biji telor
  • 2 cawan gula perang
  • 2 penutup esen vanilla
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk coklat
  • 1/2 cawan kacang walnut @ pecan @ almond @ macadamia. Ikut suka. Kalau tak letak kacang pun tak apa.

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 darjah.
  2. Double boil butter dan coklat masakan. Pastikan air yang menggelegak tak masuk dalam adunan butter dan coklat masakan. Setelah cair, ketepikan. Biarkan sejuk.
  3. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula perang, esen vanilla dan coklat emulco. Gunakan spatula untuk sebatikan bahan-bahan ini.
  4. Tuang adunan butter dan coklat masakan yang dicairkan tadi ke dalam adunan di atas. Gaulkan sebati. Jangan kacau terlalu lama. Setakat sebatikan saja.
  5. Ayak tepung gandum dan serbuk coklat. Masukkan dalam adunan di atas bersama kacang (jika ada). Gaul sebati dan masukkan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan marjerin atau butter.
  6. Bakar selama 45 minit menggunakan api atas bawah atau sehingga masak. Gunakan lidi untuk periksa bahagian tengah brownies. 

                                                        bru kuar oven :)
                                                            
                                                            siap tuk d makan...YUMMY2
 

No comments:

Post a Comment

Followers