Thursday 20 October 2011

MUFFIN COKLAT CHIPS


Resepi ni aku try wat tuk pertama kali nyer semalam..punyer la excited nk wat..hehe..lepas jer hbs keje redah ujan lebat g tesco tuk beli bahan2nyer..pastu sapa umah terus jer wat..express tul...semangat punyer psl..Alhmdulillah untuk yg pertama kali nyer jadi la jugak..hasil mmg membangga kn wat org yg bru nk belajar mcm aku..tersangat la hepi ble org rs ckp muffin nie dah ckp elok dh menjadi..hehe..SUKA NYER DIA...


  • ½  cawan mentega
  • ½  cawan minyak jagung
  • 1 ¼ cawan gula perang
  • 3 biji telur
  • 2 ½ cwn tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
  • Sedikit coklat chip untuk hiasan.
  • Cara-cara:
  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
  2. Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  4. Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
  5. Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung  sehingga sebati.
  6. Paipkan adunan  ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
  7. Siap untuk di bakar. Bakar selama 20 minit.

Tips:
  1. Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik  dengan sempurna.
  2. Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
  3. Jangan guna minyak masak yang berkacang  kerana ia member kesan pada rasa muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
  4. Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
  5. Untuk mendapat muffin yang sedap, gantikan tepung gandum dengan Tepung Ros (ayak  terlebih dahulu) yang boleh didapati dikedai2 bakeri. Harga tepung ros ini mahal sedikit tetapi untuk hidangan sendiri  sangat berbaloi.
  6. Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna.
  7. Anda boleh mengguna kan cup kertas saiz 3 atau 8. Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji (saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).

                                             sebelum msk oven



                                                   hasilnyer

Sunday 16 October 2011

KETIKA HIDUP MEMBERIKAN PILIHAN

   Hidup ini sebenarnya memberikan byk pilihan,tetapi kadangkala aku berasa tidak mahu membuat pilihan kerana pilihan yg ada buruk sekali.Itu yang aku rasakan semasa berhadapan dgn hal yang tidak pernah aku bayangkan dan pilihan yang ada tidak aku harapkan.Namun suka atau tidak,seburuk apa pun pilihan yang ada ,mahu tidak mahu aku perlu menghadapi dan menerimanya.
    Suatu masa dulu kami pernah mengikat janji di hadapan Tuhan,segalanya terasa indah mempesona.Umpama berjalan di tengah hamparan padang rumput hijau yang semerbak wangian bunga.kerikil-kerikil kecil yang menyentuh tapak kaki,terasa bagai memijak gelembung buih.Ingatan ku melayang jauh keatas mega semuanya kelihatan indah dan sempurna.
     Akan tetapi,di dunia ini tidak ada yg kekal ,tak semuanya berlaku hal yang sama selamanya.Semakin lama hidup yang aku lalui semakin banyak yang aku pelajari,Aku mendengar,melihat dan mengalami pelbagai perasaan,kecewa,duka,marah dan perasaan lain yang tidak menyenangkan.
     Apabila tersepak batu2 yang bertaburan di jalanan,barulah aku menyedari bertapa sudah tercatat pada hukum alam bahawa setiap kejadian mempunyai arah berlawanan.Ada awal pasti ada akhir,ada siang pasti ada malam,ada bulan dan matahari,sifat baik berlawanan dgn sifat buruk.Bahkan cetakan pada duit pun di buat tidak sama antara dua sisinya.Kedua2 bahagian gambar dan angka mempunyai banyak makna.
     Tuhan memberikan kami dengan memberikan hadiah istimewaNya.Namun hamparan langit yang kuning menjingga berubah menjadi merah.Malahan,kadangkala perasaan putus asa turut mewarnai dan menyumbang kepada permandangan yang suram dan sering kali membuat aku kehilangan arah dan harapan.
     Akan tetapi,apabila aku sudah dapat menerima semua ini dgn ikhlas,Tuhan membuka mataku supaya dapat melihat bahawa pilihan yang burukyang ada dan dugaan yang kurasakan sebagai beban adalah satu proses pendidikan yang sangat bernilai.
      Sekiranya mahu hidup ini terasa mrnyenangkan,aku perlu bersikap lebih terbuka kepada orang2 disekelingku dan menerima mereka apa adanya.Aku tidak patut hanya mencari kelemahan dan kesalahan mereka shj..kerana semua perkara ada baik buruknya.
      Tuhan tidak pernah salah memilih,siapa menjadi apa,watak sebagai siapa,mendaoat pasangan hidup yang bagaimana dan berapa banyak bahagian yang dia terima.Tuhan sudah merancang semua perkara yang baikuntuk setiap hambaNYA..
       Aku percaya Allah mempunyai cara yang tidak dapat kita ramalkan dalam melekatkan hidayah pada hati manusia.Kita tidak pernah dapat meneka dan membayangkan bagaimana dan dengan cara apa.Allah Yang Maha Kuasa dapat membolak-balikkan hati manusia,yang membuatkan kita mampu mengubah pilihan2 buruk yang ada menjadi perkara yang patut kita syukuri.

     Ini adalah prolog sebuah kisah benar.sebuah buku motivasi yg baru aku baca..TUMBUH DI TENGAH BADAI by Herniwaty Moechiam..wpun buku ini sangat nipis tapi sarat dgn motivasi diri..kisah dimana seorang ibu yang berhadapan dgn seorang anak yang mempunyai penyakit austik..pelbagai halangan dan dugaan untuk membesarkan anak istimewa ini..begitu la cara Allah menduga hambaNya.Siapa sangka siapa menduga kanak2 istimewa ini membesar menjadi orang  dgn jenuh payah seorang ibu,kanak2 ini mampu untuk berdikari mampu melangkah ke menara gading juga mampu untuk muncul d pentas untuk menghiburkan insan normal..begitu besar Kebesaran ALLAH..
      Begitu lah,ujian Allah datang bukan untuk suka2..,sekadar untuk menguji sejauh mana hambaNya menerima nya..untuk itu aku harus banyak belajar menjadi orang yang sentiasa memohon keredaanNya.'belajar untuk ikhlas menggantungkan mimpi serta harapan.Biarlah kehidupan mengalir mengikut apa yang telah di rancangNya.Aku hanya perlu berlatih menlunturkan hati dan perasaan supaya dapat mengikut kemana pun hidup ini akan membawaku.mengeliling,menurun,berpusing,meluncur bahkan mungkin perlu terjun bebas.selama aku ingat untuk menggunakan tali penyelamat keimanan yang kukaitkan pada sumber kekuatan diatas sana.aku percaya bahawa aku akan dapat melalui semua itu dan aku baik2 saja.
       Ini tidak mudah ,tapi aku harus boleh kerana yakin dan percaya bahawa ini adalah satu matapelajaran yang harus dapat markah baik di sekolah kehidupan..
       renung2kan lah akan kisah ini.membaca buku ini buat aku rs ujian ALLAH pada aku hanya sekecil kuman yang sepatutnya tidak membawa apa2 kesan..Tapi syukur di atas apa yang berlaku kerana itu semua yang buat aku matang dan melihat dunia dgn perspective yang berbeza..Aku bukan sendirian..terlalu ramai yang menyayangi aku yang patut aku syukuri.......

Saturday 15 October 2011

Nasi Goreng Cili Padi

idea untuk menulis pd asal nyer bukan sebagai wardah untuk menulis tentang ati dan perasaan..niat asal hanya sekadar wardah untuk berkongsi resepi..hehe..aku d takdirkan mmg x tau masak,dlu bkn x pandai sgt pun tp sbb mls yg amat..sekarang baru ada keinginan untuk belajar belajar dan terus menerokai bidang msk memasak..
ok berbalik pada idea asal yakni tuk berkongsi  resepi..aku mula dgn resepi ns goreng..resepi nie aku google beberapa mgg lepas..teruk kan aku nk goreng ns pun terpaksa google..nsb baik zaman  skrng nie maklumat d ujung jr..nie kali kedua aku wat resepi nie..alhamdulillah menjd la jugakk..hehe

NASI GORENG CILI PADI

bahan2nya:
3 mangkuk Nasi putih
sedikit ikan bilis(aku wat x letak ikan bilis pun)
bahan kisar (kalau tumbuk lg bagus)
  • 10 biji cili padi (ikut suke ler)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • belacan (agak2 besar setengah ibu jari jer)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
bahan sampingan
minyak masak
garam
2 biji telur

cara2:
1.panaskan minyak dan masukkan bahan yg di tumbuk tadi  sehingga naik bau.
2.gunakan api besar masukkan telur ayam,kacau sedikit dan terus masukkan separuh ns di atas bhn td,terus kacau sehingga rata.
3.msaukkan garam secukup rasa.kacau lagi..
4.masukkan separuh lg ns dan kacau sehingga msk..

kalau aku suka letak lauk byk2 coz aku x ske ns kosong jer..aku ske mewah ngan lauk ayammm..hehe


satu g resepi yg aku nk kongsi..aku dpt resepi nie dr seorang kwn yg juga mcm adk beradik sendiri..aku mintak resepi nie ms aku g jln2 kat sbh  satu ketika dlu..dia msk kn untuk kami..mmg super bezz...tq ya pn.kasmawati d atas resepi mu yg memang menjd kegemran ku ini.. ;)

RESEPI TOM YAM YUMMY2

Bahan2:
cili padi
serai
bawang putih
(di ketuk dan di tumis)
cili kering atau cili boh (aku lebih sk gn cili kering rs nyer bbeza lg kaw kut)
bawang besar d mayang bulat
perencah tomyam + sedikit air
daun limau purut
halia,limau kasturi @limau nipis

cara2:
  1. tumis bahan yang di ketuk bersama cili kering.
  2. masukkan bawang besar
  3. masukkan perencah tomyam
  4. masukkan aya, dan daun limau purut
  5. masukkan halia
  6. setelah empuk tambah air lg
  7. pastu baru msk kan perasa n limau secukup rasa...
insyaALLAH jd..aku dh byk kali cba dan hasil mmg tidak mengewakan..

AKU DAN KENANGAN

    Aku hanya insan biasa,punya ati juga perasaan..mmg 2 3 minggu kebelakangan ini aku dlm tempoh transformasi minda..aku  d saat dlm ujian Tuhan..Aku tau Tuhan turun kan ujian buat aku untuk menguji sejauh mana aku mampu bertahan,sejauh mana aku harapkn bantuan dari-Nyer,sejauh mana kecekalan hati aku,sejauh mana aku mampu untuk tabah..YA ALLAH,sesungguh nyer baru ku tau aku insan yang terlalu lemah,sedikit ujian dr mu aku terus merintih pilu ,sedikit kepayahan buat aku hilang semangat..

     Aku dan Kenangan.Indah nyer kenangan..bagaikan satu hamparan lukisan indah yg menjadi santapan hatiku..di saat ini aku amat merindui sesorang..seorang yg amat dekat d ati ku..kalau ikut carta aliran dia yg tersemat kemas d ati ini..tp  antara kami hanya mampu d sambungkan dgn doa kerana dia telah pergi menemui sang pencipta..pergi tgglkan kami pergi buat selamanya...HAKIM c'na rindu..sggh c'na sayang HAKIM sgt2..pergi nyer hakim menyentap jantung c'na..terlalu mengejut terlalu mendadak...

    Kenapa yek aku terlalu syg dia..Apa yg aku tau dia membesar depan mata aku..dia umpama anak aku yg sulung wpun aku sdiri blm punya anak..Zaman persekolahan aku byk d habiskn dgn dia d sisi ku..msih segar dlm ingatn ku  saat kami membesar menjadi dewasa..Dari dia kecik kami mmg akrab sebagai mana dia cemburu ble aku melayan kanak2 lain begitu juga aku cemburu ble dia bersama dgn insan lain..pelik kan..tpi indah nyer perasaan tue...Rindu rindu sgt2 time tue..Hari berganti tahun..dia makin dewasa,hubungan kami juga makin jauh x serapat dlu..mgkn sbb dia makin dewasa aku pulak terpaksa merantau mencari ilmu d negeri org...tp aku tau dia ttp hormatkn aku,sayang aku mcm aku sayang dia..sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan bukan saja pada ku malah dgn semua orang..HAKIM,c'na tau hakim mmg budak yg baik...
     
     Begitu cepat masa berlalu..dia sudah menjadi remaja yg bakal dewasa..hbs peperiksaan SPM,dia menyampaikn niat untuk mencari keje sementara menunggu result..Dgn rela hati aku ajak dia dtg ke tempat ku..aku sgt gembira ms tue..aku bw dia keje bersama2 ku..dia mmg nmpak bersemangat untuk berkerja...TP..

     Semua tue x lama tempoh nyer..hari keempat dia berkerja dia mengadu sakit kepala..sgguh aku risau..sakit kepalanya itu berpanjangan,hilang hanya sementara..aku bw ke klinik langsung x kebah..YA ALLAH hanya kau jer yang tau perasaan ku kala itu..mula hari itu dia MC,mula hari itu juga tidur malam ku x lena dgn kata lain langsung x lena..HAKim c'na x sanggup untuk lihat hakim sakit begini,ms tue c'na hanya mampu berdoa agar Tuhan kurangkan kesakitan hakim,c'na mmg tak mampu sayang..apa yg boleh aku lakukan ms tue hanya memicit2 kepala nyer..letak tuala d dahinye yg panas,dgn harapan esk demam nyer baik..tp harapan tue ttp tggl harapan..Masa tue selera makan hakim dh xde..langsung tak nak makn kn..risau sungguh ati ini..

     After 2 mgg HAkim d tempat ku..ayah nyer datang untuk bw dia balik..itu yang terbaik untuk dia..tp demam dia juga terus berlarutan hingga terpaksa d rujukkn d hospital..sayu ati ku ble dgr semua tue..dari jauh aku dpt berita dia asyik meracau keadaan dia makin teruk hingga la dri wad biasa d tukar ku wad icu..30 jan 2011 aku,kakak n ank saudara ku pulang tergesa2 ke kg halaman kami..berita yg ku dpt amt mengecewakn..hakim makin teruk..YA ALLAH sggh aku takut,aku x mampu untuk bayangkan situasi selepas itu...sampai saja ke kb aku terus ke hospital..kami sampai dh lewat aku x sempat untuk jumpa dia pd ari itu..kecewa sgt ms tue...Malam tue aku abk keputusan untuk bermalm sja d hospital,wpun aku x mampu untuk buat paper tapi sekurang2 nyer aku merasa dekat dgn dia..pg 31 jan 2011,ms tue tggl aku dan kakak ku aka mak pada Hakim saja d hospital..masa tue satu pengumuman d buat supaya waris WAN MUHAMMAD AL_HAKIM datng ke wad icu..aku n kakak ku msk..buat pertama kali ms tue aku lihat dia terlantar lemah d katil no 5..sayu hati ku Tuhan bila lihat semua tue..segara wayar berselerakan d badan dia..dia dah x bermaya..Doc menyoal ku ttg urutan peristiwa dr hakim mula sakit..aku hanya mampu jawab apa yg aku tau..sampai sudah doc tidak dpt sahkan apa yg berlaku...doc menyarankan supaya abik air d kpale ntah la ku x tau istilah perubatan apa..selepas tue kami keluar dn menunggu terus menunggu..

   Beberapa minit selepas itu satu lg pengumuman d buat memanggil kami msk..tergesa2 kami msk..Masa tue hati aku hancur,doc bagi tau jantung dia dah berhenti berdenyut..kakak aku redha terima berita tue,sedangkan aku mcm orang hilang akal meraung d situ jugak...aku x mampu untuk jd tenang ms tue,aku sedih,ble d depan mata aku,doc cbe untuk selamat kan dia..HAKIM knape secpat nie hakim pergi seawal usia 17 thn..Arwah HAKIM pergi wat selamanyer pada 31 jan 2011..



wpun sudah 10 bulan dia pergi,tp peristiwa tue masih segar dlm ingatn ku sampai ke hati ini..Ya ALLAH,aku hanya mampu berdoa kurangkan la ingatan ku pada dia YAALLAH..aku syg dia sama mcm aku syg arwah ayah ku..pergi nyer mereka dlm hidup aku meninggalkan kesan buat ku..wpun pun hanya sekejap KAu pinjamkn pada ku tp aku bersyukur kerana dgn kenangan itulah aku hdp sekarang..satu doaku sekiranya satu hari nanti aku d temukan jodoh biarlah cri2 seorang lelaki yang ada pada ayah ku ada pada bakal suami ku dan sekiranya d takdirkan aku ada ank lelaki biarlah dia mengikut perangai baik abang nyer HAKIM.. AMIN...

                                                    hakim yg comei





our sweet memories sharing together..miss that moment..miss my 'WE' too
Buat anak2 sdara yang lain,korang bukan c'na x sayang..dgn korang tempat c'na menumpang kasih menumpang sayang...faham kan la rs sayang sesama manusia itu pelik,kadang kala kiter bias tanpa ketahui sbb mengapa mesti x adill..tp percaya la rs sayang tue sm,yg menbezakan nyer hanyala kenangan..sayang kamu semua..

Followers