Sunday 16 October 2011

KETIKA HIDUP MEMBERIKAN PILIHAN

   Hidup ini sebenarnya memberikan byk pilihan,tetapi kadangkala aku berasa tidak mahu membuat pilihan kerana pilihan yg ada buruk sekali.Itu yang aku rasakan semasa berhadapan dgn hal yang tidak pernah aku bayangkan dan pilihan yang ada tidak aku harapkan.Namun suka atau tidak,seburuk apa pun pilihan yang ada ,mahu tidak mahu aku perlu menghadapi dan menerimanya.
    Suatu masa dulu kami pernah mengikat janji di hadapan Tuhan,segalanya terasa indah mempesona.Umpama berjalan di tengah hamparan padang rumput hijau yang semerbak wangian bunga.kerikil-kerikil kecil yang menyentuh tapak kaki,terasa bagai memijak gelembung buih.Ingatan ku melayang jauh keatas mega semuanya kelihatan indah dan sempurna.
     Akan tetapi,di dunia ini tidak ada yg kekal ,tak semuanya berlaku hal yang sama selamanya.Semakin lama hidup yang aku lalui semakin banyak yang aku pelajari,Aku mendengar,melihat dan mengalami pelbagai perasaan,kecewa,duka,marah dan perasaan lain yang tidak menyenangkan.
     Apabila tersepak batu2 yang bertaburan di jalanan,barulah aku menyedari bertapa sudah tercatat pada hukum alam bahawa setiap kejadian mempunyai arah berlawanan.Ada awal pasti ada akhir,ada siang pasti ada malam,ada bulan dan matahari,sifat baik berlawanan dgn sifat buruk.Bahkan cetakan pada duit pun di buat tidak sama antara dua sisinya.Kedua2 bahagian gambar dan angka mempunyai banyak makna.
     Tuhan memberikan kami dengan memberikan hadiah istimewaNya.Namun hamparan langit yang kuning menjingga berubah menjadi merah.Malahan,kadangkala perasaan putus asa turut mewarnai dan menyumbang kepada permandangan yang suram dan sering kali membuat aku kehilangan arah dan harapan.
     Akan tetapi,apabila aku sudah dapat menerima semua ini dgn ikhlas,Tuhan membuka mataku supaya dapat melihat bahawa pilihan yang burukyang ada dan dugaan yang kurasakan sebagai beban adalah satu proses pendidikan yang sangat bernilai.
      Sekiranya mahu hidup ini terasa mrnyenangkan,aku perlu bersikap lebih terbuka kepada orang2 disekelingku dan menerima mereka apa adanya.Aku tidak patut hanya mencari kelemahan dan kesalahan mereka shj..kerana semua perkara ada baik buruknya.
      Tuhan tidak pernah salah memilih,siapa menjadi apa,watak sebagai siapa,mendaoat pasangan hidup yang bagaimana dan berapa banyak bahagian yang dia terima.Tuhan sudah merancang semua perkara yang baikuntuk setiap hambaNYA..
       Aku percaya Allah mempunyai cara yang tidak dapat kita ramalkan dalam melekatkan hidayah pada hati manusia.Kita tidak pernah dapat meneka dan membayangkan bagaimana dan dengan cara apa.Allah Yang Maha Kuasa dapat membolak-balikkan hati manusia,yang membuatkan kita mampu mengubah pilihan2 buruk yang ada menjadi perkara yang patut kita syukuri.

     Ini adalah prolog sebuah kisah benar.sebuah buku motivasi yg baru aku baca..TUMBUH DI TENGAH BADAI by Herniwaty Moechiam..wpun buku ini sangat nipis tapi sarat dgn motivasi diri..kisah dimana seorang ibu yang berhadapan dgn seorang anak yang mempunyai penyakit austik..pelbagai halangan dan dugaan untuk membesarkan anak istimewa ini..begitu la cara Allah menduga hambaNya.Siapa sangka siapa menduga kanak2 istimewa ini membesar menjadi orang  dgn jenuh payah seorang ibu,kanak2 ini mampu untuk berdikari mampu melangkah ke menara gading juga mampu untuk muncul d pentas untuk menghiburkan insan normal..begitu besar Kebesaran ALLAH..
      Begitu lah,ujian Allah datang bukan untuk suka2..,sekadar untuk menguji sejauh mana hambaNya menerima nya..untuk itu aku harus banyak belajar menjadi orang yang sentiasa memohon keredaanNya.'belajar untuk ikhlas menggantungkan mimpi serta harapan.Biarlah kehidupan mengalir mengikut apa yang telah di rancangNya.Aku hanya perlu berlatih menlunturkan hati dan perasaan supaya dapat mengikut kemana pun hidup ini akan membawaku.mengeliling,menurun,berpusing,meluncur bahkan mungkin perlu terjun bebas.selama aku ingat untuk menggunakan tali penyelamat keimanan yang kukaitkan pada sumber kekuatan diatas sana.aku percaya bahawa aku akan dapat melalui semua itu dan aku baik2 saja.
       Ini tidak mudah ,tapi aku harus boleh kerana yakin dan percaya bahawa ini adalah satu matapelajaran yang harus dapat markah baik di sekolah kehidupan..
       renung2kan lah akan kisah ini.membaca buku ini buat aku rs ujian ALLAH pada aku hanya sekecil kuman yang sepatutnya tidak membawa apa2 kesan..Tapi syukur di atas apa yang berlaku kerana itu semua yang buat aku matang dan melihat dunia dgn perspective yang berbeza..Aku bukan sendirian..terlalu ramai yang menyayangi aku yang patut aku syukuri.......

No comments:

Post a Comment

Followers